Wednesday, July 1, 2009

Sebelas Dalil Tuan Aziz Akan Kalah - Taktik Terdesak Penyokong PAS


Ianya menjadi kemusykilan kerana fitnah dan tohmahan terhadap Tuan Aziz bukannya datang dari blogger PAS yang bertapak di sekitar Manek Urai, seperti prk-dun-manek-urai dan
pemuda-krai. Sebaliknya fitnah dan tohmahan ini ditulis dalam laman web pro PAKATAN yang bertapak di luar Kelantan. Jika benar Tuan Aziz mempunyai liabiliti, maka blogger tempatan terlebih dahulu akan ketahui dan seterusnya akan mengambil peluang memburukkan Tuan Aziz.

Apa yang saya perhatikan ialah kedua-dua blog PAS tempatan yang tadi dinyatakan sehingga kini langsung tidak mepersoalkan kredibiliti Tuan Aziz. Itu satu petanda bahawa mereka tidak mempunyai bahan yang konkrit untuk membunuh karakter Tuan Aziz.

Sepeti yang telahpun dibincangkan, fitnah dan tohmahan terhadap Tuan Aziz bukannya datang dari blog tempat. Contohnya, saya menemui satu blog bernama MarGeeMar yang semestinya bukan bertapak di Manek Urai. Blog tersebut menggaris 11 dalil UMNO akan menemui kekalahan di Manek Urai. Apa yang menarik ialah di penghujung artikel tersebut penulis menggalakkan para pendokong PAKATAN supaya membuat salinan untuk diedarkan kepada penduduk tempatan Manek Urai, dan saya petik:

Kebenaran diberikan kepada sesiapa jua untuk menyalin blog posting ini ke dalam blog mereka. Tolong juga buat sebeberapa banyak salinan fotostat 11 Dalil ini dan sebarkan kepada warga Manek Urai yang tidak celik komputer sebagai jihad menegakkan Demokrasi dan Kebenaran di Malaysia.

Memang telahpun diagak, permainan kotor sebegini menjadi lumrah pendokong PAKATAN dan PAS. Lagi menyedihkan apabila bahan-bahan fitnah dan tohmahan diedar atas nama jihad dan Islam.

Berbalik kepada 11 dalil, adakah ianya satu petunjuk besar bahawa BN langsung tiada harapan untuk menang, ataupun ianya satu taktik terdesak untuk memburukkan calon lawan. Eloklah kita ikuti kesemua dalil tersebut:


Dalil 1:
Tuan Aziz dikatakan antara calon yang terjempit dalam kemelut masalah Umno di Kuala Krai.
Dalil 2:

Tuan Aziz dikatakan bukan orang yang direstui oleh Ketua Bahagian, Ramzli Abdul Rahman.
Dalil 3:

Budaya ‘cah keting’ yang sinonim dengan UMNO Kelantan juga mungkin akan ‘membantutkan’ peluang BN.

Dalil 1, 2 dan 3 di atas hanya menggunakan perkataan "dikatakan" dan "mungkin" tanpa sebarang kepastian. Setahu saya Tuan Aziz merupakan calon yang menjadi sebutan oleh kedua-dua pihak sejak awal bulan Jun lagi. Sumber dalaman PAS juga menyatakan bahawa PAS sendiri akan menghadapi kesukaran jika Tuan Aziz diletakkan sebagai calon BN.
_______________________________

Dalil 4:

Jentera kempen BN Umno Manek Urai telah berpecah kepada dua kumpulan kerana perebutan kuasa.

Dalil ke-4 ini adalah ulangan kepada dalil ke-3, iaitu budaya "cah keting". Perlu diingatkan bahawa Tuan Aziz diberi sokongan padu pada peringkat cawangan dalam proses pencalonan Ketua Pemuda Bahagian Kuala Krai. Tuan Aziz pernah dengan rendah diri meminta beberapa cawangan tidak mencalonkan beliau supaya lawannya Salihin Ismail memperolehi cukup bilangan pencalonan.
_______________________________

Dalil 5:

Umno sama ada di peringkat Manek Urai mahupun di peringkat negeri berada dalam keadaan yang amat lemah.

Dalil 6:
Umno berhempas pulas merayu simpati pengundi, namun rakyat di Manek Urai terus memperlihatkan sikap dingin terhadap Umno.

UMNO Kelantan diberi nafas baru oleh kepimpinan Tok Pa. Perwatakan Tok Pa yang sederhana dan rendah disegani oleh ramai, sama ada dari penyokong PAS dan UMNO. Saya was-was sama ada penulis dalil ini tahu akan jentera pilihan raya parti, kerana dalam jentera tersebut ada individu tertentu yang bertugas sebagai perayu undi.

_______________________________

Dalil 7
:
Tuan Aziz berumur 39 tahun semasa dia meletak jawatan sebagai Pengurus KESEDAR tetapi layak mendapat pencen.

Perkara ini saya belum mendapat kepastian. Seperti yang saya nyatakan, saya hanya berbincang pada fakta, bukannya spekulasi semata-mata.

_______________________________

Dalil 8:
Dilihat sebagai ‘Orang’ Najib Razak dan masyarakat di Manek Urai pada hakikatnya tidak menyukai Najib dan isterinya Rosmah Mansor.

Saf kepimpinan UMNO kembali ampuh selepas Tun Abdullah Badawi meletakkan jawatan. Melihat kepada barisan pemimpin UMNO yang menang jawatan tertinggi, wujud satu persefahaman untuk memberi sokongan padu dan penuh kepada DS Najib. Oleh itu kalau Tuan Aziz bukan orang DS Najib, maka orang siapa lagi?

_______________________________

Dalil 9
:
Lawan Tuan Aziz dari PAS Fauzi Abdullah seorang yang amat-amat cakna pada masyarakat sekeliling.

Dalil 10:
Tuan Aziz tidak faham akan keperitan masyarakat Manek Urai kerana dia berkolar putih berbanding dengan lawannya yang berkolar biru seperti majoriti pengundi Manek Urai.

Sebelum dipindahkan ke ibu pejabat Kesedar Gua Musang, Tuan Aziz bertugas di Pejabat Kesedar Kuala Krai yang bertempat di Kampung Pria, dalam DUN Manek Urai. Bidang tugas Tuan Aziz semasa di Kuala Krai pula ialah sebagai Pengurus Kawasan, di mana beliau mendengar rintihan dan keperluan rakyat dan bertindak dengan membawa masuk projek-projek Kesedar ke kawasan pedalaman.

Maka adalah satu tuduhan yang tidak tepat jika dikatakan bahawa Tuan Aziz adalah calon berkolar putih yang tidak cakna kepada rakyat.

_______________________________

Dalil 11:

Fauzi Abdullah mempunyai sebuah Van persendirian yang diwakafkan sebagai Van Jenazah kepada penduduk Kuala Krai. sesiapa sahaja boleh menggunakan Van Jenazah tersebut jika mahu dan tiada bayaran dikenakan.

Keikhlasan Abe Uji mewakafkan Van Jenazah amatlah dipuji. Tetapi jangan pula keikhlasan itu terhakis apabila Van Jenazah yang diwakaf dengan ikhlas telah menjadi bahan politik pula. Tambahan pula sejak bila Van Jenazah menjadi dalil kemenangan atau kekalahan parti.

_______________________________

Kesimpulan:

Pendokong PAKATAN seolah-olah lesu dan tidak bermodal dalam permainan politik fitnah mereka. Seperti yang saya nyata pada awal lagi, pendokong PAKATAN tidak mempunyai sebarang isu yang konkrit untuk memburukkan Tuan Aziz. Kerana jika benar Tuan Aziz merupakan calon berliabiliti kepada UMNO, mereka tidak mungkin hanya menulis 11 dalil sahaja yang maksudnya hampir sama. Ini menunjukkan mereka sebenarnya dalam keadaan terdesak.

Wassalam.

8 comments:

  1. Pilihanraya sebenarnya satu proses yang simple untuk memberi peluang kepada masyarakat setempat untuk memilih wakil mereka.

    Tak perlu dalil tak perlu fitnah dan tak perlu janji tunjuk langit dan angin syurga.

    ReplyDelete
  2. blog tuan telah d highlight kan. semoga perjuangan kite memberi manfaat kepada masyarakat seluruhnya. terima kasih..

    ReplyDelete
  3. Blog tuan telah saya link ke blog saya

    ReplyDelete
  4. lagi satu dalil TUan Aziz Tuan Mat (BN) akan kalah... baca sini..
    Manek Urai: 6,000 pelajar dapat uniform, beg sekolah
    Jul 5, 09 9:32pm
    Seramai 6,142 pelajar sekolah rendah, menengah dan sekolah Arab di Manek Urai mendapat perhatian Kementerian Pelajaran yang akan memberikan mereka bantuan uniform dan beg sekolah secara percuma.

    Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Mustapa Mohamed berkata pemberian itu telah dinyatakan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada beliau beberapa hari lalu sebagai tanda ingatan kementerianberkenaan.

    "Tan Sri Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran telah menyatakan kepada saya untuk memberikan bantuan itu kepada semua pelajar di Manek Urai tanpa seorang pun terkecuali.

    "Ini sebagai tanda ingatan daripada kementerian dan juga dapat meringankan beban rakyat di sini," katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar di Pusat Operasi BN di Manek Urai hari ini, lapor Bernama.

    Mustapa berkata sebagai permulaan 300 pelajar telah menerima bantuan itu mulai hari ini dan kesemua bakinya akan menerima secara berperingkat.

    Sebelum itu Mustapa sendiri telah menyampaikan bantuan itu bagi mewakili Muhyiddin di Sekolah Kebangsaan Manek Urai Baru.

    Terdapat 10 buah sekolah rendah, 12 menengah dan sebuah sekolah aliran Arab di Manek Urai.

    Penamaan calon esok

    Sementara itu Mustapa meminta majikan baik di sektor kerajaan dan swasta membenarkan kakitangan mereka untuk pulang mengundi memilih wakil rakyat baru DUN Manek Urai pada 14 Julai ini.

    "Jangan nafikan hak pengundi dan ini merupakan kesalahan," katanya.

    Beliau mengulas kenyataan pengarah pilihanraya PAS Kelantan, Abdul Fatah Harun hari ini yang mendakwa mendapat laporan ada majikan yang tidak akan membenarkan pengundi di Manek Urai untuk pulang menunaikan tanggungjawab itu.

    Selain itu Mustapa berkata fasa kedua kempen pilihanraya Manek Urai akan bermula esok yang merupakan hari penamaan calon DUN itu.

    Esok Muhyiddin dijangka mengetuai perarakan lebih 10,000 penyokong BN ke pusat penamaan calon di Sekolah Menengah Sultan Yahya Petra 1.

    BN menamakan Ketua Pemuda Umno Kuala Krai Tuan Aziz Tuan Mat, 39, sebagai calonnya manakala PAS meletakkan harapan kepada Bendahari PAS Kuala Krai, Fauzi Abdullah, 50, bagi mempertahankan kerusi DUN itu.

    Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian wakil rakyat daripada
    PAS, Ismail Yaakob pada 22 Mei lalu akibat sakit jantung.

    Dalam pilihanraya umum 2008, Ismail menang kerusi DUN Manek Urai dengan majoriti 1,352 undi, menewaskan calon BN Mohamed Zulkepli Omar.

    ReplyDelete
  5. bagi beg dan uniform sekolah ni cara zaman tunku abdul rahman jer..sebab dulu orang melayu susah sesangat.seluar dalam pun tak lalu beli...la ni...jgn buat la cara ni. apa punya level mentaliti pemimpin BN?
    mana hilangnye maruah bangsa?orang melayu merendahkan martabat bangsa melayu hingga ke tapak kaki..haprak sangat kah bangsa ku ini?dah akhir tahun baru nak bagi bantuan beg dan baju sekolah?
    tolong chop dacing pada poket baju sekolah tu dan belakangnye tulis "SATU LAGI PROJEK KERAJAAN BARISAN NASIONAL" (tulis dalam loghat kelantan)

    ReplyDelete
  6. BANGSAKU BERNILAI RM100?(harga baju sekolah dan beg sekolah)tolonglah BN ...jangan kamu rendahkan martabat bangsa melayu lagi. kamulah yang memperlekeh bangsa melayu. tindakan ini bukan berbuat baik kepada rakyat..tetapi...menggambarkan bangsaku masih bangsat dan tak boleh berdiri dengan kaki sendiri setelah UMNO dan BN perintah lebih 50 tahun.

    ReplyDelete
  7. AYUH..BANGSAKU DARIPADA BN ATAU PR..MARI KITA MUHASABAH DIRI...APAKAH TINDAKAN MEMBERI BAJU SEKOLAH DAN BEG SEKOLAH INI DI MANEK UARI INI SATU TINDAKAN MULIAA ATAU SIMBOLIKNYA MENGHINA BANGSA SENDIRI.

    ReplyDelete