Thursday, July 9, 2009

Iqra' - Baca Jangan Tak Membaca


Firman pertama yang diwahyukan kepada Nabi kita SAW ialah seruan untuk membaca, bukannya menabur fitnah merata-rata.

Kalau yang jenis membaca pun tak reti, atas dunia ni saje banyak benda yang rugi. Antaranya tak boleh nak dapat kenalan ramai dalam FB.

Bagi seorang ADUN pula, bidang tugas dan tanggungjawab semestinya memerlukan seorang yang tahu membaca, seperti kata DSN of Small Talk, dan saya petik:
"Kalau menjadi ADUN sekurang-kurangnya mesti tahu membaca dan memahami Bahasa Melayu dan English. Tugas di Dewan Undangan Negeri adalah sebagai Legislator."
Pasal baca pulak kenalah baca dan faham bukan baca dan hentam. Kalau setakat baca dan hentam, jadilah seperti satu kumpulan yang hanya tahu melempar fitnah dan tohmahan demi mendapatkan sokongan.

Apa yang banyak kali diulangi dalam Al-Quran ialah kerjakan solat dan tunaikan zakat. Sehubungan dengan itu masjid dibina dan isntitusi zakat diperbesarkan. Tapi masih lagi dituduh negara belum lagi Islam sebab hukum Hudud belum dijalankan.

Guan Eng mengajak penduduk Manek Urai supaya bertaqwa. Ni la contoh baca tapi tak faham. Kalau dia faham mesti dah laksanakan Hudud kat Penang.

Tetapi yang peliknya Hudud bukan lagi senjata untuk mendapat undi, cuma satu hujah untuk membuktikan kerajaan belum Islamik. Kepala depa yang paling besar Pak Sheikh Anwar dalam siri ceramah buang masa merata-rata tak la pulak cerita bila Hudud nak dilaksana kat negeri-negeri lain seperti Pulau Pinang, Kedah dan Selangor.

Merata-rata ceramah cerita Pak Sheikh ni cerita sama, merrrrrobah segalanya. Punyalah bosan sampai TG Nik Aziz terlena.

Itulah masalahnya politik sekarang, demi untuk mendapat kuasa, fitnah dan tipu daya adalah perkara biasa. Dan lagilah hina jika fitnah dan tipu daya dilaungkan atas nama agama.

Wassalam.

1 comment:

  1. Salam Tuan Singh.

    Ni yg buat susah mahu mengundi di zaman ni. Semuanya tahu point org lain punya salah. Yg tak salah pun kadang2 jadi salah. Tiada seorang pun yang mahu tunjukkan diri tu patut diundi sebab dia layak untuk jadi wakil rakyat sebab dirinya bersedia berkhidmat, berhemah tinggi dsb.

    ReplyDelete