Monday, June 29, 2009

Perang Saraf Telah Bermula - Fitnah Sesama Manusia


Seperti yang telah diketahui ramai calon-calon yang bertanding untuk mewakili pihat BN dan PAS telahpun diumumkan. Tuan Aziz Tuan Mat, 39, diumumkan sebagai calon BN dan tauke ikan tersohor Fauzi Abdullah mewakili PAS. Seperti juga yang telahpun diagak perang saraf terhadap kedua-dua calon ini telahpun bermula dalam dunia maya.

Saya sendiri adalah anak jati Kuala Krai. Semasa meluangkan masa selama 4 hari di Manek Urai dua minggu yang lepas kedua-dua nama ini menjadi sebutan ramai sebagai calon yang paling layak mewakili parti masing-masing untuk bertanding.

Fauzi Abdullah sendiri bagi saya adalah calon pilihan tepat PAS, penjual ikan tersohor yang sememangnya telahpun dikenali ramai. Tiada apa lagi yang saya boleh katakan mengenai Fauzi kerana jika saya menulis berdasarkan cakap-cakap orang tanpa sebarang bukti nyata, maka itu adalah fitnah belaka.

Begitu juga dengan Tuan Aziz, telahpun ada kata-kata fitnah yang dilemparkan terhadap beliau seperti yang ditulis dalam laman web Satu Malaysia. Adakah fitnah ini dilemparkan berdasarkan bukti yang nyata. Satu yakin bahawa penulis yang melemparkan fitnah tersebut tidak sama sekali mengenali Tuan Aziz dengan lebih dekat.



Fitnah 1:
Tuan Aziz didakwa menyalahgunakan kuasanya dan terbabit dalam rasuah


Ini adalah satu kenyataan yang "ambigious" bertujuan hanya untuk mengaburkan mata pembaca.


Fitnah 2:
Tuan Aziz hidup mewah melebihi kemampuannya ketika menjadi CEO Kesedar Perkilangan Sdn Bhd (KPSB). Jawatan ini disandangnya sebelum dilantik menjadi pengurus di Kesedar


Setahu saya Tuan Aziz hidup secara sederhana. Walaupun berjawatan sebagai CEO Kesedar, beliau hanya mempunyai rumah papan satu tingkat di Kuala Krai. Isteri beliau bertugas sebagai guru. Pasal kereta pula, beliau memandu Proton Perdana second hand dan isteri beliau memandu Perodua MyV.


Fitnah 3:
Beliau melakukan lawatan yang “meragukan” bersama pegawai-pegawai yang tidak berkaitan ke negara Asean seperti Vietnam dan Thailad untuk tujuan pemasaran

Lawatan itu dilakukan secara rotation oleh pegawai-pegawai Kesedar selepas mencapai kejayaan memasarkan minyak masak di negara-negara Asean. Tuan Aziz sendiri tidak pernah mengikut serta dalam lawatan tersebut.


Fitnah 4:
Beliau menyalahgunakan kuasanya dalam pemberian kontrak-kontrak KPSB dan melobi untuk pembekal baja sewaktu bertanding untuk jawatan Ketua Pemuda Umno Kuala Krai

Keputusan akhir pemberian kontrak tersebut bukan terletak di tangan Tuan Aziz. Lagipun Tuan Aziz tidak perlu melobi untuk medapat sokongan semasa pertandingan jawatan Ketua Pemuda Bahagian. Sokongan beliau pada peringkat akar umbi adalah padu. Lawan Tuan Aziz untuk jawatan Ketua Pemuda Bahagian adalah juga kenalan rapat beliau, Salihin Ismail.
Tambahan pula, dari sumber yang telahpun disahkan, Tuan Aziz juga meminta beberapa cawangan memilih lawannya Salihin sebagai calon Ketua Pemuda Bahagian supaya nanti Salihin cukup bilangan pencalonan. Maka tidak mungkin wujud aksi lobi-melobi seperti dinyatakan.


Kesimpulan:

Perlembagaan menuntut parti-parti yang bertanding supaya berlawan secara demokrasi. Tetapi tidak pula tertulis bahawa demi demokrasi parti-parti berlawan mestilah menabur fitnah untuk mewujudkan perasaan saling membenci. Tambahan pula teramatlah hina jika fitnah itu dilemparkan oleh pendokong-pendokong parti yang memperjuangkan agama Islam, kerana Islam tidak meminta umatnya saling membenci, tetapi saling menyayangi.

Oleh kerana kedua-kedua calon tersebut adalah pilihan terbaik parti, maka sesiapa yang menang sememangnya akan membawa kebaikan kepada penduduk Manek Urai sendiri. Dengan itu tidak perlulah memfitnah atau menceritakan keaiban sesama manusia, sama ada dari pihak PAS. atau UMNO.

Wassalam.

16 comments:

  1. mintalah tuan aziz jawab dalam blog dia jugak atau blog umno.

    tahniah adinda singh kerana tolong kita tak ikut berdosa percaya fitnah ini.

    ReplyDelete
  2. Budaya fitnah tidak sepatutnya ada kepada mereka yg mendakwa dari parti Islam.

    Namun sebagaimana lazimnya, sumber membuat fitnah datang dari orang dalam. Siapa orang dalam wallahualam.

    Tuan Aziz diharap banyak bersabar kerana Allah mendengar dan makbulkan doa orang yg dizalimi...

    ReplyDelete
  3. memang pelbagai fitnah mereka taburkan akhir2, lagi byk mereka memfitnah, lagi banyakla kuman2 yang mereka taburkan dari mulut mereka yang yang belum pasti mempunyai gigi yang bersih berseri..

    kesimpulanya
    mereka tidak mempunyai sebarang bukti pn.. kenapa bila dah umumkan calon baru keluar berita2 sampah mcm ni..

    mcm ni ke PAS melaksanakan hukum hudud, rasanya ramai umat Islam mereka bunuhnya sebabkan difitnah...

    fitnah yang terkini.. seperti biasa la bila tiba pilihan raya jam tu la muncul cerita BN import hantu2

    maka soalannya ialah - KENAPA KORANG BODOH SANGAT..? (tiru ayat kanak2 PR di http://perisik-rakyat.com)

    ReplyDelete
  4. mohon nak paparkan artikel tuan di blog saya

    www.pisau.net

    ReplyDelete
  5. mr singh,,,

    mohon izin cetak semula, kita akan edar risalah ttg ini di sana nanti.
    TQ

    ReplyDelete
  6. Salam Abe Li,

    Boleh tak wujudkan suasan politik saling puji-memuji, tapi tengok gaya tak mungkin berlaku dalam masa terkini.

    **********************************************

    Salam Dato',

    If the fitnah is done by members of a party who claim to have fought for Islam, it can easily convince the people who listen. Why, religious people do not tell lie.

    ReplyDelete
  7. Salam Bro Polan,

    Lagilah pelik jika kata-kata fitnah datang dari mereka yang memakai ketayap dan jubah.

    *******************************************

    Salam Bro Megat,

    Saya sudah lakukan sedikit udpate, better get the updated version. Saya berhujah hanya pada fakta.

    Atas kepentingan agama, bangsa dan kebenaran, teramatlah dipersilakan.

    *******************************************

    Salam Mr X-Man,

    Seperti yang dinyatakan kepada Bro Megat Pisau, atas kepentingan agama, bangsa dan kebenaran, teramatlah dipersilakan. But better get the updated version.

    *******************************************

    Wassalam.

    ReplyDelete
  8. depa fitnah nik aziz bole tebus dosa kut!

    ReplyDelete
  9. MR SINGH,KAMI TIGA ORANG MAU MINTAK KERJA,SAMA SAPA KITA MAU JUMPA?JUMPA SAMA ENCIK AHMAD.SIAPA ENCIK AHMAD?SAMBUNG YANG BERIKUTNYA

    MR SINGH ADIK BERADIK DENGAN CALON BN DI MANEK URAI KA?BAHALOL PUNYA MR SINGH.BUANG MASA BUAT BLOG TAPI TK DAPAT INFO SEBENAR DAN TIDAK ADA ILMU.HIDUP BN,KEPALA TUTUTUT BN..CENCOR.TABIK MR SINGH,BILA MAU BALIK INDIA?

    ReplyDelete
  10. Ada yg pendidikan ugama tapi mengeluarkan kata2 cerca dan hina?
    Aduh pathetic sekali...

    ReplyDelete
  11. bebas.... wa kasi ingat sama lu. jangan hina ini singh.. tapi maki itu kapal singh jugak lah....
    singh dan punjabi lah wira masa kita lawan komunis dan jepun... melayu masa tu belum pandai lagi main senjata api... main senjata sendiri ada lah. hukkkkhukkk.....kalau tak ada singh, ghukha dll dari india... apa nasib kita? mungkin chin peng dah jadi presiden komunis semalaya hingga kini. insaflah!!!

    ReplyDelete
  12. Salam (Bebas) Mohd Ridhwan b Mohd Razali yang berasal dari Kedah dan bersekolah agama swasta... (Masuk ruangan orang lain, dahulukan salam)....

    Nak tegur sikit budi bahasa tu bila berbicara... Orang Kedah memang kekadang loklak tetapi tidak kurang ajar.. Kita jaga bahasa sikit ok!

    Agak2nya apa perkara benar dari Ridhwan sehingga marah betul dengan Mr Singh? (Minta kongsi bersama di ruangan ini....) Seandainya Ridhwan tiada fakta untuk menidakkan penjelasan Mr Singh... ini adalah satu perbuatan tidak baik... belajarlah untuk menerima hakikat daripada fitnah...

    ReplyDelete
  13. kata2 tnpa bukti itu fitnah... tp kalo mnegakkn fitnah tu punah. so kalo dh tau sumer tu fitnah tp still nk follow, mmg ranap le minda. kita brusaha mncelikkn mata diaorg yg slm ini sekadar trbuka. syabas! teruskn dgn penulisan yg brhemah. guna akal dlm brkrya, jgn skdr hati krn nafsu bakal mmpengaruhi prtuturan. kalo x kbratan saya publish link dn isu yg awak coret ni di blog saya

    ~tq

    ReplyDelete
  14. BEBAS???
    SAH ANAK HARAM DARI HUBUNGAN LIWAT ANWAR AL-JUBURI NI

    ReplyDelete