Friday, July 10, 2009

Ya Musyridul Am - Tolong Bezakan PAS dan Islam


Dalam satu ceramah politik di Manek Urai, TG Nik Aziz menceritakan bahawa seorang Menteri Besar BN meluahkan rasa terharu mendengar kaset ceramah Nik Aziz mengenai alam kubur, seperti yang dilaporkan oleh Harakah di sini. MB tersebut menceritakan perkara itu ketika sama-sama menghadiri mesyuarat Menteri-menteri Besar dan Majlis Raja-raja Melayu.

Pendapat saya, adalah satu pujian kepada TG Nik Aziz kerana dapat mengeluarkan kaset ceramah yang dapat memberi kesan kepada pendengar mengenai alam kubur. Juga patut dipuji kepada MB yang bersifat jujur kepada TG Nik Aziz. Akan tetapi kaset itu merupakan ceramah agama yang patut didengar oleh semua umat Islam tanpa mengira PAS, UMNO atau KeAdilan. Janganlah pula kata Islam hanya untuk ahli PAS sahaja.

Hujah saya, kaset ceramah agama tiada kaitan langsung dengan PAS, kerana pembawakan PAS sekarang nampaknya tidak menuju ke arah Islam. YB Nizar sendiri pernah membuat kenyataan bahawa negara Islam bukannya matlamat perjuangan, dan pembaca budiman boleh saksikan sendiri di sini.

Pernah seorang rakan FB saya berkata bahawa ahli-ahli PAS ditarbiyah supaya pertama sekali takutkan ALLAH. Maka tidak sepatutnya pula YB Nizar berani mengeluarkan kenyataan yang mencabar bukan sahaja perlembagaan parti, tetapi Islam sendiri.

Dan juga tidak sepatutnya timbul masalah pembohongan dan salah guna kuasa sana dan sini. Tambahan pula, rata-rata pendokong PAS yang saya kenal tidak pula menunjukkan sifat taqwa. Mereka cukup vokal dalam mengagung parti di kedai kopi walaupun ketika azan Maghrib sedang berkumandang.

Amatlah pelik bagi satu parti yang meletak agama Islam sebagai label tetapi tidak pernah mengeluarkan Indeks KPI selama 19 tahun memerintah di Kelantan. Sememangnya Islam amat mementingkan keikhlasan dan kejujuran, oleh itu dedahkan kejujuran dan keikhlasan yang berlaku dalam 19 tahun pemerintahan.

Berbalik kepada cerita asal, apakah motif TGNA menceritakan kaset ceramah alam kubur kepada penduduk Manek Urai. Adakah TGNA cuba membawa mesej bahawa azab kubur dapat diringankan dengan mengundi parti bulan? Allah hu A'lam.

Wassalam.

4 comments:

  1. Salam Tuan Singh,

    Kaset tu tandanya TGNA dah jadi artis. Maklumlah dah berkawan dengan AMy Search. Ha ha.. Sorrylah melawak.. maklumlah tak lama lagi bulan puasa, kena kontrol2 sikit.

    ReplyDelete
  2. alahai, kelakarnya. takpa lah. biarlah mereka nak perjuang islam. mungkin dlm hati mereka ikhlas, mungkin tak, itu hanya Allah yang tahu. tetapi jika sudah perjuang islam, bawa imej islam, jagalah nama baik islam. jangan buat malu.

    ReplyDelete
  3. KALALALALALALAALALALALALLALALALALALALALALLALALALLALALALALAALLALAH

    JADILAH PENCACAI YANG ENGGAN MENERIMA HAKIKAT BAHAWA SUDAH SETAHUN LEBIH PUAK united malays national organization BELUM PERNAH MERASAI APA ITU KEMENANGAN

    ReplyDelete