Friday, June 19, 2009

Ladang Rakyat Kelantan - Antara Fakta Dan Pembohongan


Kini Ulu Kelantan kini sedang menjadi fokus pemerhati politik kerana Manek Urai bakal menyaksikan pertembungan besar BN dan PAKATAN. Dua kawasan parlimen yang terletak di Ulu Kelantan iaitu Kuala Krai dan Gua Musang tidak boleh dikategorikan sebagai kubu kuat PAS. Rata-rata pengundi di Ulu Kelantan merupakan penyokong BN kerana mereka ini adalah golongan yang telah cuba mengubah nasib melalui progam Rancangan Tanah Persekutuan seperti Kesedar dan Felcra.

Kejayaan Kesedar tidak perlu lagi dipertikaikan walaupun terdapat juga cacat cela. Rakyat miskin khususnya dari utara Kelantan telah diberi tanah pertanian untuk diusahakan sebagai punca rezeki harian. Golongan perintis kini telahpun bukan sahaja mengecap hasil usaha mereka tetapi secara amnya telah mengubah status sosio-ekonomi keluarga.

Maka PAS tidak mahu ketinggalan dalam membela nasib rakyat Kelantan. Beberapa tahun yang lepas Kerajaan PAS Kelantan telahpun melancarkan projek yang dinamakan Ladang Rakyat Kelantan. Ulasan mengenai Ladang ini juga boleh dibaca di Harakah Daily.

Persoalan di sini ialah sejauh manakah kejayaan Ladang Rakyat berbanding dengan Rancangan Tanah Persekutuan dan adakah ianya benar-benar boleh membawa rakyat keluar daripada belengu kemiskinan. Apa yang saya perhatikan ialah terdapat beberapa pembohongan yang tidak diketahui ramai mengenai Ladang Rakyat Kelantan.


Pembohongan 1: PAS Mempelopori Rancangan Pembangunan Tanah

Berikut saya petik dari Harakah Daily:

Kerajaan PAS Kelantan pada tahun 1960-an lagi sudah mendahui kerajaan Pusat dalam aspek Pembangunan iaitu dengan menubuhkan Lembaga Kemajuan Tanah Negeri. Konsep pembangunan tanah yang diperkenalkan oleh Kelantan inilah kemudiannya diikuti Kerajaan Pusat dengan memperkenalkan Felda, Felcra dan Kesedar.

Fakta: Rancangan Pembangunan Tanah Persekutuan Telah Bermula Di Kelantan Pada Tahun 1958

Rancangan Pembangunan Tanah Persekutuan telahpun dimulakan di Kelantan setahun selepas merdeka, iaitu pada tahun 1958. Salah satu rancangan tanah tersebut bertempat di Pasir Kelang dalam Jajahan Kuala Krai, yang dinamakan Rancangan Pembangunan Tanah Pasir Kelang (RPTPK). Antara penjawat awam yang terlibat secara langsung dengan RPTPK ialah arwah ayah saya sendiri.

Walaupun tidak diberi nama khusus seperti Felda atau Felcra, RPTPK mempunyai sudahpun mempunyai unsur-unsur badan tersebut seperti bantuan kewangan kerajaan persekutuan. Suka saya ingatkan kembali bahawa ini telahpun dibawa ke Kelantan pada tahun 1958.


Pembohongan 2: Ladang Rakyat Membela Rakyat Miskin
Berbanding dengan program Kesedar yang diumpamakan seperti memberi pancing dan jala kepada rakyat untuk mendapatkan ikan, konsep Ladang Rakyat pula hanya memberi ikan buruk yang sudah tidak laku di pasar. Rakyat miskin hanya diberi dividen RM 200 sebulan tanpa membuat sebarang kerja.

Fakta: Golongan Penerima Dividen Bukannya Benar-Benar Miskin

Pemberian dividen tidak membantu mengurangkan kemiskinan. Keutamaan pengagihan dividen diberi kepada penyokong tegar PAS. Di kampung saya contohnya, penerima dividen ialah individu yang jenis suka melalak dan menyalak siang dan malam di kedai kopi demi mengagungkan parti. Terdapat individu yang lebih layak menerima habuan, contoh yang saya sempat temui ialah ibu tunggal yang mengalami masalah mental dan seorang pesakit leukimia. Tetapi dua individu tersebut tidak terbela dan tanpa mendapat apa-apa, mungkin mereka bukan penyokong PAS agaknya.


Pembohongan 3: Ladang Rakyat Kepunyaan Rakyat

Nama projek tersebut Ladang Rakyat boleh menganburkan mata. Persepsi yang kerajaan negeri cuba wujudkan ialah ianya kepunyaan rakyat. Paling tidak peserta program Kesedar dapat mengenali secara nyata manakah dan apakah hak mereka. Bagi peserta Ladang Rakyat tidak diberi hak ke atas ladang yang diusahakan, cuma elaun bulanan.

Fakta: Kapitalis Cina Sebagai Pemegang Saham Utama

Pernah berlaku dalam 3 atau 4 tahun dahulu bahawa tanah haram yang diterokai oleh penduduk tempatan Ulu Kelantan selama berbelas-belas tahun sebagai punca rezeki akan diambil balik oleh kerajaan negeri. Alasan yang diberi oleh kerajaan negeri ialah tanah tersebut telahpun dipajak oleh syarikat luar. Adakah yang dimaksudkan syarikat luar itu tadi ialah pemodal dan pemegang saham utama Ladang Rakyat.

Siapakah pemegang saham utama di belakang Ladang Rakyat Kelantan. Nama beberapa pemegang saham utama setahu saya tidak pernah didedahkan. Maklumat yang saya dapat dari kenalan rapat yang bertugas di Ulu Kelantan menyatakan bahawa pemegang saham utama adalah tauke-tauke Cina. Oleh itu mungkinkah juga YB yang terlibat dibayar komisyen yang lumayan oleh pemegang saham. Allah hu'alam.


Kesimpulan 1: Penipuan Berselindung Di Sebalik Agama Islam

Sememangnya politik tidak boleh lari daripada penipuan. Akan tetapi amatlah bangsat dan hina jika pembohongan itu berselindung di sebalik agama. Adakah dividen RM 200 sebulan diterima oleh semua rakyat miskin Kelantan? Adakah dengan dividen RM 200 sebulan boleh menbantu rakyat keluar daripada belengu kemiskinan? Ianya lebih kepada "memelihara" penyokong tegar supaya sentiasa setia.

Kesimpulan 2: Harakah Bahan Lacuran Agenda PAS

MSM seperti Berita dan Utusan dikecam teruk dan dituduh sebagai alat penyebaran propaganda kerajaan. Apakah beza pula Harakah yang tidak dapat membezakan antara fakta dan pembohongan. Tambahan pula amat keji sekali jika Harakah memutar-belitkan penipuan yang berselindung di sebalik agama Islam.

Wassalam.

8 comments:

  1. ..dan apa pula bantuan terhadap golongan Orang Asli...?

    ReplyDelete
  2. rasuah datang bersama kuasa! PAS juga kini bergelumang dgn rasuah serta membelakangkan prinsip islam dlm pentadbiran negeri. Islam hanya sekadar retorik shj bagi mrk yg penting ttp KUASA !!!

    ReplyDelete
  3. saya sudar sering kali menegur sikap harakah yang sering melemparkan fitnah dan tomahan tidak berasas. dan hari ini singh membuktikannya. tahniah!

    ReplyDelete
  4. Memang betul Kerja mengarut ladang rakyat itu telah menaikkan kemarahan rakyat di kawasan ulu kelantan.

    kejadian seperti jentolak dibakar telah berlaku ekoran tindakan keras mereka yang terlibat ingin merampas tanah yang telah diusahakan oleh orang kampung berpuluh tahun lamanya.

    ladang rakyat tidak ubah seperti mengambil tanah rakyat secara paksaan.

    ReplyDelete
  5. singh... bongkarkan benda ni dgn berani

    link kan
    http://prkdunmanekurai.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. Tahniah singh. Kita gerhanakan bulan

    ReplyDelete
  7. Salam,

    Dgn izin mamak copy atikel ini ke blog http://rajahmas@blogspot.com
    Thank You.....wassalam.

    ReplyDelete
  8. Satu usaha yang baik dari Singh! Setahu saya Felda telah di ujudkan di Air Lanas tahun 1958 dengan memasukkan orang2 miskin dari seluruh jajahan . Ramai dari Bachok, Pasir Puteh dan Pasir Mas. Kawan swkelas saya , ramai dari Air Lanas ketika kami mula2 masuk Special Malay class (Yang pertama di Tanah Merah) Felda ketika itu bawah kerajaan Persekutuan . Ada baiknya Singh buat researcjh lagi untuk memperkuatkan sangkalannya terutama pemegang saham terbesar ia orang tionghua. Semak dengan SSM dan post di sini. Kalau tidak mereka yang taksub mencari jalan tak mahu percaya. Kalau tiada respon dari Harakah , bermakna Singh berjaya menelanjangi pembohongan mereka!! Tahniah!!

    ReplyDelete