Wednesday, July 15, 2009

Suara Sumbang Si Husam - Susahnya Nak Terima Kenyataan

Lagu mano bulih majoriti 1352 jadi 65, ore tok suko kat aku ko?


Alahai Husam, tu belum lagi kalah tapi punyalah kalut macam kucing hilang anak. Menang tetap menang, tetapi kenapa pula kemenangan di Manek Urai dilihat sebagai satu kekalahan.

Bernafsu benar PAS mahukan kemenangan di Manek Urai sehingga segala pemimpin barisan hadapan PAKATAN HARAM masing-masing membuat penampilan, termasuklah Anwar dan Kit Siang. Tetapi majoriti sebanyak 1352 yang dipegang pada tahun 2008 hanya 65 sahaja yang pengundi tinggalkan aduhai kesian!!!

Adakah Husam sudah mula menggigil apabila keputusan menunjukkan bahawa PAS telah hilang sokongan dan kata-kata Nik Aziz sudah tidak lagi menjadi sumber ilham.

Maka melaunglah Husam dengan suara sumbang menuduh BN menggunakan politik wang seperti yang tertulis di sini. Alahai Husam, kalau dah menang bersyukurlah dahulu sebelum membuat tuduhan melulu.

Jika benar BN menggunakan politik wang, apa pulak nak heran? Nik Aziz pernah berpesan segala pemberian dari BN mestilah diterima dengan ikhlas tetapi undi tetap pada PAS. Kalau tak percaya tanyalah kepada si pemakai baju di bawah.


Apa-apa pun TAHNIAH kepada Abe Uji, diharap semoga Abe Uji sentiasa memperjuangkan nasib penduduk MU sedaya-upaya yang mampu.

Wassalam.

6 comments:

  1. kah kah kah ...apa benda kau ni ?
    ada borang BTN tak ? nak joint boleh?
    kah kah kah

    ReplyDelete
  2. Kami tak tau la anda ni hidup di zaman mana, tetapi kalau anda benar-benar celik pasti akan akan terjumpa video pengakuan politik wang oleh agent2 Umno. benda tu sedang tersebar sekarang ini.

    ReplyDelete
  3. Itu aje ke?Lain-lain ada tak? Isu politik wang jugak ke? Isu lain tak ada ke? Yang gambar di atas tunjuk apa? Macam kebulur saja. Orang bagi ambil. Tu gerenti tak ucap terima kasih.Video pengakuan seorang lelaki di liwat oleh Anwar Ibrahim depan salah seorang pemimpin Pas yang berzaman tu apa cerita? Dah tahu salah, sanggup pi sokong. Lagi teruk!!Itu hampa tak kecoh ke?

    ReplyDelete
  4. Salam Piggy... mana mungkin Husam tak termenung. Peratusan majoriti.. 0.005____?? Adui, banyak sgt kosong kali ni... pening Husam!

    Wahai Husam, cepat2lah gondolkan hutan2 di kelantang tu sebelum GE13...

    Tokey2 Cina di Kelantan tu, tunggu apa lagi? Mau kawan sama Husam kah? Itu hari sudah kalah, orang PAS pun tak mau, sekarang menang pun banyak malu... Husam sudah gonelah!

    ReplyDelete
  5. Rakyat Manek Urai rata2 kecewa dgn kerjasama PAS dgn DAP. Mereka tak puas hati kerana PAS terpaksa tunduk terhadap desakan DAP supaya tidak membangkitkan semula soal hendak menubuhkan negara Islam yang telah lama PAS perjuangkan. Pengundi masih ingat kata-kata Karpal Singh, "langkah mayat saya dulu jika PAS mahu menubuhkan negara Islam".

    Pas kini akur dengan desakan DAP. Jadilah parti itu seolah-olah sudah hilang arah tuju.

    ReplyDelete
  6. Alangkah bodoh nya sihusam ni kata disebabkan permainan duit oleh umno...maka terserlah laa:
    1. Kegagalan pemimpin PAS didalam soal mentadbir negeri kelantan..kata mentadbir berlandaskan islam tetapi..moral rakyat kelantan pun takk terjaga.
    2. Rasuah memang dihalalkan olih pemimpin PAS sebab nik ajis berkata "umno bagi duit ambil tapi undi PAS"
    3. Sebilangan pengikut PAS sudah sedar dan minda terbuka ..mereka sudah dapat menilai apa sebenarnya yang tersirat didalam sanubari pemimpin mereka..mereka menyedari bahawa pemimpin mereka sekarang tiada pendirian dan rela diperbodohkan oleh sikapir dan nuar demi politik sempit dan gilakan kuasa.

    ReplyDelete