Sunday, July 19, 2009

Pejabat Exco Negeri Jadi Sarang Gangster - PAS Selangor Mana?

YB Wee sanggup membongkarkan kejahatan demi kebaikan PAKATAN, tetapi PAS Selangor hanya berdiam!

Bermula dengan al kisah si Azmin mencadangkan bahawa Exco Kerajaan Selangor perlu rombakan semula dan diikuti dengan pendedahan oleh YB Wee Choo Keong bahawa terdapat seorang Exco yang terlibat dengan kegiatan haram, suara PAS Selangor langsung tidak kedengaran. Laman rasmi PAS Selangor juga senyap sunyi seperti tidak berpenghuni, tarikh akhir dikemas-kini ialah pada 5 Jun.


Jika DAP Kedah boleh bersuara lantang dengan membuat keputusan keluar dari PAKATAN hanyalah disebabkan isu babi, kenapa PAS Selangor tidak pula bersuara apabila tersebar berita bahawa seorang Exco negeri terlibat dalam haram punya aktiviti? Harus diingat bahawa pendedahan ini dibuat dari wakil rakyat PAKATAN sendiri, YB Wee dalam Malay Mail, dan saya petik:

"Wee had claimed to have received many complaints from Pakatan Rakyat (PR) members and business communities in Selangor that the office of a certain Exco member "had been and is continuing to be used as a meeting place for people connected with the underground business activities."


Sebagai sebuah parti yang meletakkan Islam sebagai madah berpejuangan, tidak sepatutnya PAS Selangor bersekongkol dengan alhi parti yang bukan sahaja disyaki penjenayah, malah menggunakan harta rakyat untuk menjalankan aktiviti maksiat. Tidak perlu lagi PAS berdalih atas dasar tiada bukti sahih kerana yang membuka pekung juga merupakan ahli PAKATAN.


Maka amatlah padan jika dikatakan bahawa PAS Selangor hanyalah dilayan sebagai kuda tunggangan, tetapi PAS sendiri langsung tidak boleh bersuara untuk menentang kejelikan yang berlaku dalam Kerajaan PAKATAN. Adakah prinsip Machiavelli kini menjadi sebahagian daripada madah perjuangan?

Selamat ditunggang dan Wassalam.

5 comments:

  1. As-Salam Bro GOMO,..heheh,..apo nak dikato,.gue rasa WCKeong tak terancam,..TBHock mungkin gak le sbb dia akan exposed 7 syarikat yg terbabit ngan Exco Selangor,..kalo document tu dia janji nak amik n beri pada MACC mungkin itu penyebab kematian nya,..nama2 shareholders and Directors syarikat akan di exposed to d public so bayangkan lah,..heheh,..ape pun kita tunggu dan lihat kemana arah tujuan semua ini.. my take is bro AnWar mite even b involved.., but bro Ronny's antic puzzles me,..wakaka,..wat else can I say,..heheh,..(,")

    p.s. kalo WCKeong pun ade ases docs tu den he mite b in hot soup,..(,")

    ReplyDelete
  2. diam tanda setuju....

    ReplyDelete
  3. Kmbob....benar tuh...orang Melayu penuh adab sopan, berdiam diri memang tanda setuju...
    Angguk jer la, nak berkata-kata, tak tahu hujung punca nya!

    ReplyDelete
  4. PAS Selangor sedang beraksi diam untuk 'melompat' dan Hasan Ali menjadi MB baru Selangaor ?! - satu episod dramatik baru diperlukan untuk meredakan sikit sawan dan gila babi pembangkang berhubung kematian orang terjun bangunan.

    ReplyDelete