Sunday, July 5, 2009

Go Green Campaign - Cakap Tak Serupa Bikin

Go Green for MU - Are we talking about the devils in the wood?


Saya sentiasa mencari-cari laman-laman web pro PAS atau PAKATAN mengenai Manek Urai. Sehingga kini masih tidak ada satu ledakan besar yang boleh menggugat kempen Tuan Aziz dan BN. Bermula dari hari pertama calon BN diistiharkan, maka seperti diagak akan dilemparkan fitnah dan tohmahan. Adakah ini sikap sebenar para pendokong Parti Islam?

Setakat ini apa yang saya temui dalam laman web pro PAKATAN hanyalah laporan aktiviti yang bermotifkan politik. Saya tertarik kepada satu laman web yang melaporkan aktiviti konvoi bermotor anjuran PAS yang boleh dibaca di sini.

Persoalan saya ialah adakah dengan menganjurkan aktiviti sebegini PAS boleh menggalakkan budaya rempit? Ini kerana apabila aktiviti ini dilakukan oleh Pemuda UMNO, berbagai jenis cacian dan kutukan dilemparkan oleh mereka. Apa nak buat undi anak muda amat berharga, maka yang berserban pun ikut rempit sama.


Unker Bernard Zorro juga tidak ketinggalan menulis dalam blog beliau mengenai perkembangan di Manek Urai. Beliau telah memulakan kempen GO GREEN. Inilah satu kehebatan bloggers pro PAKATAN, cukup pantas mengeluarkan "tag line" untuk kempen mereka. Harus dipuji Unker Zorro.

Sama ada tag line itu sesuai dengan perlaksanaan dan pembawaan ahli-ahli parti mereka tak ambil peduli. Go Green juga membawa makna memelihara alam sekitar. Apa yang saya tahu ialah di bawah Kerajaan PAS selama 19 tahun kemusnahan alam sekitar yang dialami di Ulu Kelantan adalah cukup dasyat.

Kempen Go Green tidak selari dengan tidak kerajaan negeri Kelantan memusnahkan khazanah alam

Mungkin rakan-rakan pembaca pernah mendengar Isu Lojing. Isu ini mula ditimbulkan oleh Dato' Sazmi Miah. Sebaik sahaja isu ini disebarkan, berbagai-bagai penafian dilakukan oleh pihak PAS, dan seperti biasa para penulis laman web pro PAKATAN menerbitkan berbagai-bagai jenis penafian. Sedikit-sebanyak mengenai isu Lojing boleh dibaca di sini dan sini. Pepatah Melayu menyatakan SIAPA YANG NAK MENGAKU BUANG NAJIS TEPI JALAN?

Perbincangan saya bukan sahaja kepada kemusnahan alam sekitar, tetapi proses pembangunan Lojing itu sememangnya tidak telus. Di depan mata saya sendiri ada seorang rakan yang mempunyai gaya hidup seperti "millionaire" hasil daripada menjadi "broker kerajaan negeri" dalam proses pembangunan Lojing. Seperti yang saya nyatakan dalam artikel sebelum, saya tidak berhujah pada spekulasi semata-mata, tetapi hanya pada fakta. Oleh itu jangan pula ini dikatakan fitnah.


Kerakusan mereka menebang pokok-pokok balak juga menjadi bualan ramai di Kelantan. Kerakusan mereka seolah-olah tiada hadnya sehingga kawasan hutan simpan dan rezab tadahan hujan juga menjadi mangsa atas nama pembalakan, seperti dihuraikan di sini. Oleh itu Unker Zorro adakah tag line GO GREEN sesuai dengan kerajaan PAS dari segi praktikal? But who cares the kampung folks never know maaaa.....

Wassalam.

3 comments:

  1. SALAM BRO..BIASAK LA BILA DIORANG BUAT BENDA JHT, MEREKA SPIN CITER TIBA2 BLH JADI HERO PLAK. DH MCM CITER TAMIL KEHKEHKEH

    ReplyDelete
  2. Kempen Pemuda semakin mantap dan kita menduga ianya akan membawa kepada kemenangan besar.

    ReplyDelete
  3. Salam Perjuangan,

    Kami dari UMNO Cawangan Gombak Selatan ingin mengucapkan syabas kepada anda kepada telah berkempen untuk PRK Manek Urai melalui blog.

    Blog kami juga antara blog yang berkempen untuk PRK Manek Urai. Kami berharap anda dapat menyenaraikan blog kami di blog anda agar penerangan kami sampai kepada pengundi Manek Urai.

    Sekian, Salam perjuangan dari kami

    ps : Blog anda dalam ruangan khas di blog kami

    ReplyDelete