Tuesday, July 21, 2009

Alahai Khairy - Kenapa Belasah Parpu Guna KPMU?


Kewujudan KPMU adalah untuk mempromosikan KJ sebagai Ketua Pemuda UMNO. Banyak isu-isu yang diterbitkan bukan sahaja menyokong UMNO malah cuba menaikkan nama Khairy yang telahpun diketahui ramai sebagai liabiliti.


Sebenarnya kewujudan KPMU adalah untuk cuba bersaing dengan MyKMU. Sememangnya MyKMU adalah portal pro UMNO. Semasa era pemerintahan Tun Dollah, MyKMU banyak mengkritik Dollah, Khairy dan Kerajaan Anak-Beranak demi kebaikan UMNO.

Sememangnya kritikan yang diterbitkan di MyKMU telah terbukti benar apabila BN kehilangan lima negeri pada PRU lepas. Oleh itu "personal attack" yang dilakukan oleh KMU adalah demi kebaikan UMNO.

Namun atas dasar apa KPMU melakukan "personal attack" ke atas Parpu Kari? Adakah penulisan Parpu boleh mejatuhkan martabat UMNO pada peringkat Nasional. Ataupun KJ sudah cukup panas dengan penulisan Parpu sehingga sanggup mengerakkan askarnya dalam KPMU untuk membelasah Parpu?

Alahai KJ, cukuplah sekadar bloggers the joker boys seperti Wenger J Khairy, Bro Jinggo dan Senapang Patah digunakan untuk membelasah Parpu, tak perlulah guna KPMU. Lagilah cantik jika kritikan ke atas Parpu diterbitkan di Rembau Dot Net.


Penulisan Parpu ada benarnya dan sememangnya pendapat Parpu juga dikongsi ramai. Parpu berpendapat bahawa selagi KJ masih berada dalam UMNO teramat susah untuk mengembalikan kepercayaan orang ramai kepada parti tersebut, dan sememangnya wahai Khairy, jika masih tak sedar lagi pendapat inilah yang dikongsi oleh penyokong akar umbi.

Oleh itu jangan cuba melabel Parpu sebagai pengkhianat UMNO kerana pengkhianat sebenar yang telahpun membuat UMNO hampir rebah masih lagi bersuara dengan megah. Jika nak baca lagi kritikan pedas ke atas Khairy silalah berkunjung ke sini.

Wassalam.

8 comments:

  1. Bro...Bro...Bro.....
    Ini bukan masa untuk memecah belahkan atau melaga-lagakan pemimpin. Ini adalah masanya untuk UMNo khasnya MELAYU bersatu.
    Terus terang saya tidak memihak kepada sesiapa pun akan tetapi secara peribadi bagi saya KJ telah berjaya mengembalikan kepercayaan pengundi muda kepada UMNO/BN.
    Dengan hanya berjawatan Ketua Pemuda UMNo Msia tanpa jawatan dalam kabinet, saya lihat KJ telah berjaya di Manek Urai berbanding beberapa orang pemimpin dari kalangan pemuda yang hadir dengan langkah dan lagak mereka yang tersendiri.
    Soal menyatakan KJ menggunakan jentera yang ada untuk menghentap parpukari adalah silap pada pandangan saya. Mampukah kita untuk menutup mulut orang dari terus berkata-kata? Tentunya tidak. bergitu juga KJ, masakan beliau mampu menahan sahabat-sahabatnya dari terus mempertahankan dirinya dari terus di pertikaikan sedangkan bagi saya apa yang KJ lakukan adalah atas tanggungjawabnya sebagai KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA.

    ReplyDelete
  2. pejuang, yang kau masukkan dalam fb tu apahal, siap yang cari pasal ni? Dah baling batu pastu sembunyi tangan kan? Itu style Anwar dan di adopt oleh KJ sekarang ni...

    WOi bila masa KJ yang bawak balik kepercayaan pada UMNO, kalau nak jilat pun, agak agak la brader, aku tau korang dibayar lumayan, kau nak tipu sapa?

    Bagi aku bukti atau study yang mengatakan disebabkan KJ maka ramai sokong Bn balik, apa punya bahalol la kau ni...

    INi bukan nak pecah belahkan UMNO, ini misi nak selamatkan UMNO! Bro Singh, i am with you sir, depa ni tak habis2 menjilat je kerja mereka 24 jam!

    ReplyDelete
  3. Salam Piggy

    Manek Urai... kejayaan KJ? Dream on! The trust and strength is with Tok Pa and Tuan Aziz.

    Who wants KJ? The desperate and unwanted only will lick all over him.. ECM Libra has much to offer...

    ReplyDelete
  4. saya setuju

    kj antara penyumbang kejayaan moral bn di mu

    lihat saja undi pengundi muda. itu fakta ,bukan khayalan.

    ReplyDelete
  5. KJ??

    Manik Urai terlalu kecil nak bandingkan dengan kerosakan yang dia buat lepas PRU 11 sampai sekarang, sekrang baru nak buat baik tuk legasi politik dia akan datang..

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. JANGAN LUPA INILAH MAMAT YANG MENGHANCURKAN UMNO YA...HE HE HE

    ReplyDelete
  8. ruang bicara faisal... KJ atau Dato' Razali?

    ReplyDelete