Tuesday, December 29, 2009

Dallas The Series Versi KB


Teringat saya pada satu siri soap opera Dallas yang cukup tersohor di era 80an. Kisahnya mengenai perebutan kuasa dan harta, sehingga adik-beradik sanggup bercakaran.

Akan apa yang berlaku di Kelantan kini, kisahnya hampir sama. Krisis timbul bila anak-beranak cuba menguasai kekayaan negeri. Tapi terdapat juga perbezaan yang ketara, iaitu orang lain pula jadi mangsa.

Sorang demi sorang dipaksa meletak jawatan supaya tiada lagi halangan untuk anak-beranak menguasai negeri punya kekayaan.


Peristiwa sebegini telahpun berlaku kepada PM yang telahpun menjadi mantan. Cukup kesian, mantan PM itu tiada siapa pedulikan.

Adakah TGNA akan menerima nasib yang sama nanti, berakhir dengan dihina kerana meletakkan keluarga melebihi kepentingan parti. For the rest of the stories read at Parpukari.

Wednesday, July 29, 2009

Bila Panas Terasa Cermin Kereta Jadi Mangsa


Pada jam 7 pagi tadi ketika Saudara Parpu Kari sedang keluar untuk ke tempat kerja, beliau terkejut melihat cermin keretanya pecah! Yang peliknya tidak ada apa yang hilang pun di dalam kereta! Sudah lebih dari tiga tahun Parpu tinggal di tempat sekarang, inilah kali pertama perkara ini terjadi kepadabya!

Maka terlintaslah di fikirannya, sudah ada pihak yang cuba memberi amaran pada Parpu supaya hentikan dari pembongkaran yang dilakukan! Parpu telah pun melaporkan pada pihak polis dan beliau juga telah memberikan kepada pihak polis maklumat tentang pihak-pihak yang tidak berpuas hati dengannya.


Ulasan Singh Is Kinng:

Bahang panas makin terasa oleh pihak yang tidak berpuas hati kepada pendedahan yang dilakukan oleh Parpu Kari. Siapakah pihak anda semua mungkin telahpun tahu.

Berlawanlah secara anak jantan bukan betina, bercakap atas fakta bukan main taksub membabi buta.

Bila aku mencabar korang kat Darker Side, sekor pun tak berani tunjuk muka. Pandai pulak bagi alasan aku cakap kosong je. Post terbaru aku bercakap pada fakta, tapi sekor pun tak berani nak tunjuk muka, except for deluded Wenger.

Wassalam.

Tuesday, July 21, 2009

Alahai Khairy - Kenapa Belasah Parpu Guna KPMU?


Kewujudan KPMU adalah untuk mempromosikan KJ sebagai Ketua Pemuda UMNO. Banyak isu-isu yang diterbitkan bukan sahaja menyokong UMNO malah cuba menaikkan nama Khairy yang telahpun diketahui ramai sebagai liabiliti.


Sebenarnya kewujudan KPMU adalah untuk cuba bersaing dengan MyKMU. Sememangnya MyKMU adalah portal pro UMNO. Semasa era pemerintahan Tun Dollah, MyKMU banyak mengkritik Dollah, Khairy dan Kerajaan Anak-Beranak demi kebaikan UMNO.

Sememangnya kritikan yang diterbitkan di MyKMU telah terbukti benar apabila BN kehilangan lima negeri pada PRU lepas. Oleh itu "personal attack" yang dilakukan oleh KMU adalah demi kebaikan UMNO.

Namun atas dasar apa KPMU melakukan "personal attack" ke atas Parpu Kari? Adakah penulisan Parpu boleh mejatuhkan martabat UMNO pada peringkat Nasional. Ataupun KJ sudah cukup panas dengan penulisan Parpu sehingga sanggup mengerakkan askarnya dalam KPMU untuk membelasah Parpu?

Alahai KJ, cukuplah sekadar bloggers the joker boys seperti Wenger J Khairy, Bro Jinggo dan Senapang Patah digunakan untuk membelasah Parpu, tak perlulah guna KPMU. Lagilah cantik jika kritikan ke atas Parpu diterbitkan di Rembau Dot Net.


Penulisan Parpu ada benarnya dan sememangnya pendapat Parpu juga dikongsi ramai. Parpu berpendapat bahawa selagi KJ masih berada dalam UMNO teramat susah untuk mengembalikan kepercayaan orang ramai kepada parti tersebut, dan sememangnya wahai Khairy, jika masih tak sedar lagi pendapat inilah yang dikongsi oleh penyokong akar umbi.

Oleh itu jangan cuba melabel Parpu sebagai pengkhianat UMNO kerana pengkhianat sebenar yang telahpun membuat UMNO hampir rebah masih lagi bersuara dengan megah. Jika nak baca lagi kritikan pedas ke atas Khairy silalah berkunjung ke sini.

Wassalam.

Sunday, July 19, 2009

Pejabat Exco Negeri Jadi Sarang Gangster - PAS Selangor Mana?

YB Wee sanggup membongkarkan kejahatan demi kebaikan PAKATAN, tetapi PAS Selangor hanya berdiam!

Bermula dengan al kisah si Azmin mencadangkan bahawa Exco Kerajaan Selangor perlu rombakan semula dan diikuti dengan pendedahan oleh YB Wee Choo Keong bahawa terdapat seorang Exco yang terlibat dengan kegiatan haram, suara PAS Selangor langsung tidak kedengaran. Laman rasmi PAS Selangor juga senyap sunyi seperti tidak berpenghuni, tarikh akhir dikemas-kini ialah pada 5 Jun.


Jika DAP Kedah boleh bersuara lantang dengan membuat keputusan keluar dari PAKATAN hanyalah disebabkan isu babi, kenapa PAS Selangor tidak pula bersuara apabila tersebar berita bahawa seorang Exco negeri terlibat dalam haram punya aktiviti? Harus diingat bahawa pendedahan ini dibuat dari wakil rakyat PAKATAN sendiri, YB Wee dalam Malay Mail, dan saya petik:

"Wee had claimed to have received many complaints from Pakatan Rakyat (PR) members and business communities in Selangor that the office of a certain Exco member "had been and is continuing to be used as a meeting place for people connected with the underground business activities."


Sebagai sebuah parti yang meletakkan Islam sebagai madah berpejuangan, tidak sepatutnya PAS Selangor bersekongkol dengan alhi parti yang bukan sahaja disyaki penjenayah, malah menggunakan harta rakyat untuk menjalankan aktiviti maksiat. Tidak perlu lagi PAS berdalih atas dasar tiada bukti sahih kerana yang membuka pekung juga merupakan ahli PAKATAN.


Maka amatlah padan jika dikatakan bahawa PAS Selangor hanyalah dilayan sebagai kuda tunggangan, tetapi PAS sendiri langsung tidak boleh bersuara untuk menentang kejelikan yang berlaku dalam Kerajaan PAKATAN. Adakah prinsip Machiavelli kini menjadi sebahagian daripada madah perjuangan?

Selamat ditunggang dan Wassalam.

Wednesday, July 15, 2009

Suara Sumbang Si Husam - Susahnya Nak Terima Kenyataan

Lagu mano bulih majoriti 1352 jadi 65, ore tok suko kat aku ko?


Alahai Husam, tu belum lagi kalah tapi punyalah kalut macam kucing hilang anak. Menang tetap menang, tetapi kenapa pula kemenangan di Manek Urai dilihat sebagai satu kekalahan.

Bernafsu benar PAS mahukan kemenangan di Manek Urai sehingga segala pemimpin barisan hadapan PAKATAN HARAM masing-masing membuat penampilan, termasuklah Anwar dan Kit Siang. Tetapi majoriti sebanyak 1352 yang dipegang pada tahun 2008 hanya 65 sahaja yang pengundi tinggalkan aduhai kesian!!!

Adakah Husam sudah mula menggigil apabila keputusan menunjukkan bahawa PAS telah hilang sokongan dan kata-kata Nik Aziz sudah tidak lagi menjadi sumber ilham.

Maka melaunglah Husam dengan suara sumbang menuduh BN menggunakan politik wang seperti yang tertulis di sini. Alahai Husam, kalau dah menang bersyukurlah dahulu sebelum membuat tuduhan melulu.

Jika benar BN menggunakan politik wang, apa pulak nak heran? Nik Aziz pernah berpesan segala pemberian dari BN mestilah diterima dengan ikhlas tetapi undi tetap pada PAS. Kalau tak percaya tanyalah kepada si pemakai baju di bawah.


Apa-apa pun TAHNIAH kepada Abe Uji, diharap semoga Abe Uji sentiasa memperjuangkan nasib penduduk MU sedaya-upaya yang mampu.

Wassalam.

Friday, July 10, 2009

Ya Musyridul Am - Tolong Bezakan PAS dan Islam


Dalam satu ceramah politik di Manek Urai, TG Nik Aziz menceritakan bahawa seorang Menteri Besar BN meluahkan rasa terharu mendengar kaset ceramah Nik Aziz mengenai alam kubur, seperti yang dilaporkan oleh Harakah di sini. MB tersebut menceritakan perkara itu ketika sama-sama menghadiri mesyuarat Menteri-menteri Besar dan Majlis Raja-raja Melayu.

Pendapat saya, adalah satu pujian kepada TG Nik Aziz kerana dapat mengeluarkan kaset ceramah yang dapat memberi kesan kepada pendengar mengenai alam kubur. Juga patut dipuji kepada MB yang bersifat jujur kepada TG Nik Aziz. Akan tetapi kaset itu merupakan ceramah agama yang patut didengar oleh semua umat Islam tanpa mengira PAS, UMNO atau KeAdilan. Janganlah pula kata Islam hanya untuk ahli PAS sahaja.

Hujah saya, kaset ceramah agama tiada kaitan langsung dengan PAS, kerana pembawakan PAS sekarang nampaknya tidak menuju ke arah Islam. YB Nizar sendiri pernah membuat kenyataan bahawa negara Islam bukannya matlamat perjuangan, dan pembaca budiman boleh saksikan sendiri di sini.

Pernah seorang rakan FB saya berkata bahawa ahli-ahli PAS ditarbiyah supaya pertama sekali takutkan ALLAH. Maka tidak sepatutnya pula YB Nizar berani mengeluarkan kenyataan yang mencabar bukan sahaja perlembagaan parti, tetapi Islam sendiri.

Dan juga tidak sepatutnya timbul masalah pembohongan dan salah guna kuasa sana dan sini. Tambahan pula, rata-rata pendokong PAS yang saya kenal tidak pula menunjukkan sifat taqwa. Mereka cukup vokal dalam mengagung parti di kedai kopi walaupun ketika azan Maghrib sedang berkumandang.

Amatlah pelik bagi satu parti yang meletak agama Islam sebagai label tetapi tidak pernah mengeluarkan Indeks KPI selama 19 tahun memerintah di Kelantan. Sememangnya Islam amat mementingkan keikhlasan dan kejujuran, oleh itu dedahkan kejujuran dan keikhlasan yang berlaku dalam 19 tahun pemerintahan.

Berbalik kepada cerita asal, apakah motif TGNA menceritakan kaset ceramah alam kubur kepada penduduk Manek Urai. Adakah TGNA cuba membawa mesej bahawa azab kubur dapat diringankan dengan mengundi parti bulan? Allah hu A'lam.

Wassalam.

Thursday, July 9, 2009

Iqra' - Baca Jangan Tak Membaca


Firman pertama yang diwahyukan kepada Nabi kita SAW ialah seruan untuk membaca, bukannya menabur fitnah merata-rata.

Kalau yang jenis membaca pun tak reti, atas dunia ni saje banyak benda yang rugi. Antaranya tak boleh nak dapat kenalan ramai dalam FB.

Bagi seorang ADUN pula, bidang tugas dan tanggungjawab semestinya memerlukan seorang yang tahu membaca, seperti kata DSN of Small Talk, dan saya petik:
"Kalau menjadi ADUN sekurang-kurangnya mesti tahu membaca dan memahami Bahasa Melayu dan English. Tugas di Dewan Undangan Negeri adalah sebagai Legislator."
Pasal baca pulak kenalah baca dan faham bukan baca dan hentam. Kalau setakat baca dan hentam, jadilah seperti satu kumpulan yang hanya tahu melempar fitnah dan tohmahan demi mendapatkan sokongan.

Apa yang banyak kali diulangi dalam Al-Quran ialah kerjakan solat dan tunaikan zakat. Sehubungan dengan itu masjid dibina dan isntitusi zakat diperbesarkan. Tapi masih lagi dituduh negara belum lagi Islam sebab hukum Hudud belum dijalankan.

Guan Eng mengajak penduduk Manek Urai supaya bertaqwa. Ni la contoh baca tapi tak faham. Kalau dia faham mesti dah laksanakan Hudud kat Penang.

Tetapi yang peliknya Hudud bukan lagi senjata untuk mendapat undi, cuma satu hujah untuk membuktikan kerajaan belum Islamik. Kepala depa yang paling besar Pak Sheikh Anwar dalam siri ceramah buang masa merata-rata tak la pulak cerita bila Hudud nak dilaksana kat negeri-negeri lain seperti Pulau Pinang, Kedah dan Selangor.

Merata-rata ceramah cerita Pak Sheikh ni cerita sama, merrrrrobah segalanya. Punyalah bosan sampai TG Nik Aziz terlena.

Itulah masalahnya politik sekarang, demi untuk mendapat kuasa, fitnah dan tipu daya adalah perkara biasa. Dan lagilah hina jika fitnah dan tipu daya dilaungkan atas nama agama.

Wassalam.